Tingkah laku Burung_Hantu

Lekokan pada sisi hadapan bulu pelepah terbang burung hantu mengurangkan bunyi.Mata burung hantu setiap satunya memiliki selaput nictitating yang mampu bergerak bebas antara satu sama lain, sebagaimana yang dilihat pada burung hantu "spotted eagle" di Johannesburg, Afrika SelatanBurung hantu menguap

Kebanyakan burung hantu adalah nokturnal, aktif memburu mangsa mereka hanya dalam gelap. Beberapa jenis burung hantu, bagaimanapun merupakan crepuskular—aktif semasa waktu subuh dan maghrib; satu contoh adalah burung hantu "pygmy" (Glaucidium). Beberapa jenis burung hantu juga aktif pada waktu siang; contoh adalah burung hantu "burrowing" (Speotyto cunicularia) dan brung hantu "short-eared" (Asio flammeus).

Sebahagian besar dari strategi memburu burung hantu bergantung secara mengendap dan kejutan. Burung hantu memiliki dua penyesuaian yang membantu mereka bergerak mengendap. Pertama, warna suram bulu pelepah mereka mampu menjadikan mereka hampir halimunan dalam keadaan tertentu. Kedua, sisi beralun pada sisi hadapan bulu pelepah utama remiges burung hantu menyembunyikan bunyi kepakan sayap burung hantu, membenarkan penerbangan burung hantu hampir senyap sepenuhnya. Sesetengah burung hantu makan ikan, yang senyap tidak menawarkan kelebihan evolusi ketiadaan adaptasi ini.

Paruh tajam burung hantu dan kukunya yang berkuasa membenarkan ia membunuh mangsanya sebelum menelannya bulat-bulat (sekiranya ia tidak terlalu besar). Ahli sains yang mengkaji permakanan burung hantu dibantu oleh tingkah laku mereka yang meluahkan bahagian tidak hadam mangsa mereka (seperti tulang, sisik, dan bulu) dalam bentuk pelet. Pelet burung hantu ini banyak dan mudah ditafsirkan, dan sering kali dijual oleh syarikat pada sekolah bagi dibelah oleh pelajar sebagai pembelajaran dalam mata pelajaran biologi dan ekologi.[10]

Rujukan

WikiPedia: Burung_Hantu http://www.carolina.com/teacher-resources/Interact... http://www.cybermelayu.com/newriang/tahukah/tahuka... http://www.fishowls.com/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.oiseaux-birds.com/card-eurasian-eagle-o... http://www.owlpages.com/owls.php?genus=Bubo&specie... http://quillcards.com/blog/index.php/2009/09/23/ta... http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.bsc-eoc.org/avibase/checklist.jsp?lang=... http://www.bsc-eoc.org/avibase/checklist.jsp?lang=...